Sumber Pendapatan Melalui Internet

     Internet sebagai sumber pendapatan, malah menjadi jutawan melalui internet bukanlah cerita fantasi.  Ini adalah realiti.  Di Malaysia kita biasa mendengar nama ini…..Irfan Khairi dan Sen Ze, 2 orang yang berjaya menjadikan intenet sebagai sumber pendatan yang lumayan dan mencapai status ‘Jutawan Internet’.  Mungkin telah ramai yang telah mencapai status ‘Jutawan Internet’di Malaysia tetapi kurang menonjokan diri merekal seperti Irfan Khairi dan Se Ze (kedua-duanya menerbitkan buku panduan perniagaan di internet yang mendapat sambutan hangat). Internet sebagai sumber pendapatan merupakan fenomena baru di Malaysia dan akan terus berkembang bersama dengan perkembangan teknologi internet.

     Kenapa mendirikan perniagaan di internet menjadi pilihan?

  • Tidak memerlukan modal yang besar, berjuta atau beratus ribu ringgit untuk membawa perniagaan anda di peringkat antarabangsa.  Dengan modal kurang RM500.00 anda sudah boleh memiliki laman web untuk perniagaan anda termasuk merchant account untuk menguruskan proses pembayaran.

  • Perniagaan di internet tidak mempunyai sempadan dan lebih bersifat global.  Kita di Malaysia boleh berurusniaga dengan pelanggan di New York…..urusniaga di hujung jari anda.

  • Kos operasi yang rendah.  Perisian komputer dan program di internet yang dapat mengautomasikan sebahagian besar dari aktiviti perniagaan dan dapat mengurangkan jumlah pekerja ataupun anda boleh memilih untuk tidak mempuyai pekerja langsung.

  • Pasaran tersangat luas diserata dunia. Tahukah anda pada 2005 terdapat lebih 1.07 billion pengguna internet diseluruh dunia dan dijangkakan menjelang 2007 jumlah pengguna internet diseluruh dunia akan mencecah 1.35 billion.  Kajian di US, pada tahun 2004, 30% pengguna internet melakukan pembelian online dan dijangkakan pada tahun 2008 pula,50% pengguna internet akan membuat pembelian secara online dengan urusniaga online bernilai US$117 billion…..dan ini cuma di US sahaja.

     Sumber pendapatan di internet tidak terhad pada jualan produk-produk fizikal sahaja, tetapi produk-produk informasi adalah merupakan produk yang paling popular di internet. Produk informasi yang dimaksudkan adalah e-Book….dan ini adalah produk yang paling ’sempurna’ untuk perniagaan di internet kerana pembeli boleh terus muat turunkan produk selepas membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau mana-mana proses pembayaran online dan segalanya berlaku secara automatik 24 jam…..walaupun ketika anda sedang tidur proses jual beli ini masih boleh berlaku.

     Pendapatan di internet bukan hanya menjual produk dan perkhidmatan sahaja.  Banyak lagi cara untuk mendapatkan wang seperti menyertai program Pay Per Click (yang paling terkenal adalah Google Adsense), menjadi ejen dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan syarikat/individu lain dikenali sebagai Program Affiliate……yang penting perlu rajin mencari maklumat dan ilmu baru dalam dalam bidang ini.  Tambahlah ilmu, banyak membaca dan terokailah pengalaman baru. 

      Akhir sekali, terdapat banyak promosi dar e-mail marketing yang menjanjikan pulangan lumayan sekiranya anda menyertai mereka dengan menjadi ahli berbayar dan anda cuma perlu meluangkan 15 ~ 30 minit sahaja sehari……di pertengahan bulan anda akan menerima cek bernilai ribuan US$.  Begitu mudah sekali untuk menjadi kaya di internet…..?  Berhati-hatilah dengan skim begini yang menjanjikan bulan dan bintang untuk anda menyertai program mereka.  Selidiklah dengan teliti sebelum membuat keputusan menyertai mereka kerana terdapat ramai orang yang menyalahgunakan internet untuk mengaut keuntungan dengan menipu.  Jadi dapatkan informasi yang betul dan tambahkan ilmu.  Ruangkan sedikit masa dan wang untuk buku, majalah informasi atau menghadiri seminar…..dan praktikkan……semoga kita semua berjaya.

This entry was posted on Saturday, May 3rd, 2008 and is filed under Pendapatan Online. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Sponsors

Links

Archive

Rahsia Buat Duit Dengan eBay - Part 2

Rahsia Buat Duit Dengan eBay - Part1

Shopster Review -Best way to start online business