Membina Laman Web
Untuk membina laman Web, beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Jika tidak tahu bagaimana untuk membina laman web sendiri, bermakna anda perlu mengupah seseorang untuk membina laman web yang anda inginkan. Dalam kes ini, pastikan orang yang anda upah mempunyai reputasiyang baik dan berpengalaman luas supaya anda mendapat hasil yang terbaik dan berbaloi dengan jumlah upah yang anda berikan.
Anda perlu kreatif bila memilih nama domain (domain name). Nama domain terbaik adalah yang pendek dan mudah diingati. Salah satu laman web popular boleh dilawati bagi memeriksa nama domain untuk laman web anda adalah www.whois.sc. Laman web ini juga adalah tempat terbaik untuk mendapatkan maklumat pemilik nama domain tertentu yang mungkin ingin digunakan untuk laman web baru anda. Anda boleh membeli nama domain dari pemilik asalnya jika beliau bersetuju menjualnya tetapi anda mungkin terpaksa membayar harga yeang lebih tinggi, bergantung kepada persetujuan dengan pemilik asal.
Memilih web host yang baik merupakan antara faktor paling penting untuk perniagaan internet anda. Semasa memilih syarikat web host, pastikan server mereka berkemampuan dan terjamin keselamatnnya. Kelajuan server, ruang, akses CGI, akses SSH dan FTP, web-based administration, akses ke raw log server, email, backup tenaga dan server, dan syarat kontrak minimum ada;ah beberapa lagi perkara yang perlu diambil kira. Anda mungkin ingin menguji sokongan teknikal dan lain-lain perkhidmatan, script dan software yang mereka tawarkan. Tanyakan tentang downtime mereka dan berapa lama mereka telah beroperasi. Paling penting, pastikan tiada kos tersembunyi.
This entry was posted
on Thursday, October 23rd, 2008 and is filed under
Berita.
You can follow any responses to this entry through the
RSS 2.0 feed.
You can
leave a response, or
trackback from your own site.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.