MangkukTingkat.com - Pesan Makanan Secara Online
Ruangan Rencana dalam Berita Minggu pada 20 Julai lepas memaparkan artikel tentang MangkukTingkat.com. Satu idea yang begitu menarik dan unik bagi kita di Malaysia.
Program MangkukTingkat.com ini diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah berdasarkan dabbawala (orang yang menghantar kotak makan tengahari) di Mumbai. Apa yang lebih menarik tentang program ini adalah penggunaan teknologi internet untuk proses pesanannya. Pelanggan akan membuat tempahan melalui internet dan pembayaran juga adalah secara online.
Lebih menarik lagi adalah latarbelakang program ini adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
Tempahan yang dibuat pelanggan boleh diambil sendiri atau dihantar terus ke pejabat atau rumah (dikenakan caj penghantaran sebanyak RM 1.50).
Apa kata anda lawati laman web MangkukTingkat.com ini untuk maklumat lanjut.
*Penulis juga berminat untuk melanggan dengan MangkukTingkat.com ni…..mungkin boleh menjimatkan masa dari makan diluar ataupun masak sendiri. Harganya pun nampak sangat menjimatkan.




[...] Peluang Niaga Online [...]