FOREX - Pasaran Yang Tiada Belas Kasihan
Pendapatan 3 hari dari hasil Forex saya telah membawa hasil sebanyak RM 50,000…. melebihi gaji saya untuk setahun
Anda biasa melihat pernyataan seperti di atas ketika melayari internet untuk mendapatka lebih maklumat tentang FOREX. Betul ke?…. Ya memang betul. Saya yang dah ” terjebak ” dengan FOREX sejak setahun lepas tak dapat menafikan kenyataan ini. Anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan hasil dari FOREX ni.
TETAPI…… apakah kriteria yang diperlukan untuk berjaya? Adakah cukup dengan indikator beli dan jual….. tanpa perlu anda faham kenapa ?
Fakta tentang FOREX ==> Statistiknya, 95% akan gagal. Kenyataanya, mereka yang terlibat dengan FOREX ini, sama ada akan berjaya dengan bergaya ataupun akan gagal sepenuhnya. Jadi, adakah berbaloi mengorbankan wang, masa dan kadangkala kerier yang telah anda bina untuk satu bidang yang sangat baru dan asing. Bagaimana untuk mengelakkan dari termasuk dalam statistik 95% sebaliknya menikmati kehidupan dalam kalangan 5% yang berjaya dalam FOREX.
Nasihat saya, jangan terburu-buru. Dapatkan ilmu dan belajarlah membuat analisis pergerakan matawang dari carta dan graf yang boleh anda dapati percuma secara online. Belajarlah menggunakan akaun Demo sebagai permulaan….. Setelah betul-betul yakin, barulah menggunakan Real Account.
Ingatlah, Encik FOREX sangat kejam……. pergerakannya langsung tak memperdulikan kedudukan anda. Tidak kira apa terjadi kepada anda, hilang beribu-ribu ringgit salam masa satu malam, Encik FOREX tak akan peduli.
Jadi….belajar dan belajar




Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.